EP. 06

Sports Tourism: Bagaimana LIHM & IRONMAN Membawa Dunia ke Langkawi

1:25:22 | August 19, 2026 | 👁️ 3.5K 👍 98 💬 14

Listen on platforms

Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan — pulau ini turut menjadi lokasi penganjuran acara sukan yang menarik penyertaan dari dalam dan luar negara. Dalam Episod 6 Pulau Kita Podcast, kami membawakan dua individu yang berada di belakang penganjuran dua acara sukan utama di Langkawi: 🎙️ Shahrizan Saad — Race Director, Langkawi International Half Marathon (LIHM) 🎙️ Fauzy Famir — Race Director, IRONMAN Malaysia Bersama mereka, kita menyelami dunia penganjuran acara sukan di Langkawi — daripada persediaan di belakang tabir, cabaran menguruskan acara berskala besar, pengalaman berdepan pelbagai situasi, sehinggalah kepada peranan acara sukan dalam membawa peserta dan pengunjung ke pulau ini. Apa sebenarnya yang diperlukan untuk menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau seperti Langkawi? Antara Topik-topik Menarik dalam episod kali ini: 0:00 Intro 7:18 Sports Tourism 9:50 Ambil Kesempatan 17:15 Kenapa orang nak join LIHM? 22:04 Pengenalan IRONMAN 36:36 Agensi di Langkawi membantu? 42:40 Kenapa IRONMAN di Langkawi? 1:03:45 Le Tour De Langkawi 1:10:26 Serangan di Langkawi Apakah cabaran yang orang luar jarang nampak? Dan sejauh mana acara seperti LIHM dan IRONMAN Malaysia boleh memainkan peranan dalam perkembangan **sports tourism di Langkawi? Satu perbualan tentang sukan, pelancongan, penganjuran acara — dan cerita di sebalik tabir yang jarang kita dengar. Episod kali ini dikuasakan oleh : - Tropical Charters Langkawi (tropicalcharters.com.my/) - MysTravels (mystravels.com/) Satu Pulau. Seribu Cerita. #PulauKitaPodcast #Langkawi #LIHM #IRONMANMalaysia #SportsTourism #LangkawiInternationalHalfMarathon #AcaraSukan #VisitLangkawi

Share this episode

Comments (0)

No comments yet. Be the first to share your thoughts!

Leave a comment

Comments are moderated and appear after approval. Your email is never published.